Ira Sahira Official blog
Bonjour !

Ira Sahira.Subang Jaya,Selangor.Lahir pada 10 nov 1999.Sekarang bersekolah di smk usj 13. ;)
Usaha tidak datang dengan begitu sahaja
Navigations

Follow me? Stories The Owner Cerita saya


Story morry


Credits

PLEASE DO NOT REMOVE THE CREDITS
Skin by Cikin
Cute header by Ira Sahira
Blog owner: IraSahira
Jutawan Gedik siri 22:Superman atau supercicak?
Friday, March 23, 2012 | 9:49 PM | 0 comments
SUASANA betul-betul kelam-kabut di stesen TV13. Lima tetamu jemputan sibuk mencari-cari cicak tokek yang tiba-tiba menghilang. Hingga dua krew di sebalik kamera sudah melambai-lambai tangan. Memberi isyarat suruh duduk dan bertenang.

Mujur pengacara Tuan Ali bin Iskandar bijak memonopoli situasi tegang. Terus nada suaranya jadi seperti pengacara rancangan kecemasan 999. Besar, serius dan wajah dikekalkan tanpa secalit senyuman. Ia sebagai mendalami mood yang berlaku di set penggambaran.
“Nampaknya tanpa kita sangka dan duga, cicak tokek sudah hilang entah ke mana! Bayangkan penonton semua, cicak itu bernilai RM250,000 dan hingga kini tidak dapat dikesan. Tentu pemilik-pemiliknya jadi resah gelisah. Lima remaja ini secara automatik hilang peluang jadi jutawan muda! Habis musnah harapan mereka! Sungguh tragis sekali tetapi ironinya, kita dapat rakam semua ini di lensa kamera!”
Dalam keadaan semua ahli 3K tercari-cari di sekitar kawasan, Tuan Ali bin Iskandar meneruskan pengacaraan. Dengan begitu profesional bagaikan tidak timbul langsung sebarang halangan, dia turut mengambil panggilan penonton dari rumah yang mahu ikut sama dalam kehangatan keadaan!

“Helo, saya Arnita Arwin dari Kuala Ketin. Saya amat bersimpati dengan kehilangan cicak tokek. Saya dapat selami perasaan tersebut kerana baru-baru ini saya turut kehilangan kucing! Habis bengkak mata saya menangis dua minggu berturut-turut tetapi kucing itu tetap tidak dapat dikesan. Jadi saya harap semua bersabar. Mungkin selepas ini boleh cuba cari pengganti iguana yang lebih manja dan tidak melarikan diri apabila sangkar terbuka.”

Mendengar panggilan itu, hanya Tuan Ali bin Iskandar yang mengangguk-angguk. Semua tetamu lain masih sibuk melihat di bawah kerusi, mencari di celah meja dan ada yang keluar langsung dari ruang lingkuk penggambaran kamera! Semuanya sudah tidak peduli keseronokan masuk TV. Mereka lebih mahu cicak tokek itu dijumpai!

“Itulah panggilan daripada penonton kita. Memang seperti kata pepatah… berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Kita harapkan kumpulan 3K bersabar dan terus berusaha mencari cicak mereka selagi hayat dikandung badan…..” Belum habis Tuan Ali bin Iskandar dapat menghabiskan kata, tiba-tiba satu jeritan kuat bergema!
“Itu! Saya sudah jumpa! Itu cicak tokek kita!” Suara Naza Riah memenuhi ruang. Bergema pada frekuensi paling tinggi yang menggegarkan gegendang telinga semua orang!

“Mana? Mana?” Mata Wobert Wiok sudah bercahaya.

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut


AINMAISARAH BERKONGSI CERITA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hai! Hai! Hai! Bertemu kita lagi dalam minggu ke-22, novel bersiri Jutawan Gedik yang makin hangat jalan ceritanya!

Kepada semua pembaca, Kak Ain harap semua akan terus mengikuti perkembangan novel ini. Ini kerana kita baru sampai di pertengahan siri. Ada banyak lagi kisah kelakar yang Kak Ain simpan bagi memenuhkan cerita hingga menjadi 40 siri.

Tentu sekali selepas ini Kak Ain akan membalas perbuatan The Wannababes yang mensabotaj rakan-rakan. Kak Ain juga selepas ini akan menceritakan kisah kumpulan Amanda Krishna, Irfan Khairiri dan Maznah Hamidi yang semuanya sedang merancang strategi. Ini kerana mereka mengikut resmi ubi yang diam-diam berisi!

Tentu ramai mahu tahu tentang Skim Cepat Derma yang akan dilaksanakan oleh The Wannababes bagi mencapai misi mendapat RM1 juta. Memang licik dan penuh drama. Jadi jangan lupa dapatkan Berita Harian setiap hari Sabtu ya!

Kak Ain ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang terus menyokong. Teruskan membaca dan sertai peraduan yang sudah disediakan ya!

Salam Sayang,

AinMaisarah
www.ainmaisarah.com
www.facebook.com/ainmaisarah.novelis


Old things | New things