Ira Sahira Official blog
Bonjour !

Ira Sahira.Subang Jaya,Selangor.Lahir pada 10 nov 1999.Sekarang bersekolah di smk usj 13. ;)
Usaha tidak datang dengan begitu sahaja
Navigations

Follow me? Stories The Owner Cerita saya


Story morry


Credits

PLEASE DO NOT REMOVE THE CREDITS
Skin by Cikin
Cute header by Ira Sahira
Blog owner: IraSahira
Jutawan Gedik siri 23:Banglo kucing
Friday, March 23, 2012 | 9:45 PM | 0 comments
SEPANJANG perjalanan pulang dari TV13, kumpulan 3K tidak langsung bercakap.
Muramnya muka bagaikan mi terkurang kicap, sungguh tidak berseri dan pucat.
Masing-masing bagaikan berkabung mengingati kematian cicak tokek yang sungguh dahsyat. Ia mati disalai lampu sport light. Manakala seekor lagi cicak tidak dijumpai langsung walaupun seluruh kawasan TV13 sudah diperiksa setiap sudut dan setiap saat.
Cikgu Putra sendiri mengetap bibir berkali-kali sebelum membuat pengumuman tentang destinasi seterusnya bagi minggu ini. Dia menarik nafas, cuba untuk tidak mempamerkan emosi. Di dalam bas Sekolah Sri Bangsar, semua pelajar kelihatan membuang pandang ke sisi. Menikmati pemandangan sepanjang jalan pada waktu jam menunjukkan pukul 11.00 pagi.
“Baiklah pelajar semua. Terlanjur kita mahu kembali ke sekolah, kita akan melalui rumah kediaman Amanda Krishna. Jadi ada permintaan khas supaya kita singgah sebentar. Kita akan lihat pula operasi kumpulan Wonderpet bagi mencapai RM 1 juta.”

Pengumuman Cikgu Putra rata-rata disambut baik oleh semua. Hanya The Wannababes membuat muka. Mereka sudah terbayang, betapa ruginya masa berharga. Sepatutnya hujung minggu ini mereka sudah mula operasi meminta derma. Sepatutnya petang ini mereka ada separuh hari lagi sekiranya mahu ke KLCC dan melihat potensi penderma Malaysia!

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut
AinMaisarah Berkongsi Cerita

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kita lagi dalam siri Jutawan Gedik yang ke-23. Cerita kali ini menyentuh tentang perancangan kumpulan Wonderpet pula. Kumpulan ini diterajui oleh Amanda Krishna yang sangat sayangkan haiwan. Samalah seperti Kak Ain. Suka sangat kucing, hamster, arnab dan binatang-binatang comel yang menyejukkan mata dan menyenangkan hati melihat telatahnya!

Sebenarnya Kak Ain sendiri pernah membela kucing dalam jumlah yang banyak. Pernah sekali, kucing yang dibela di rumah melebihi jumlah 20 ekor dan semuanya manja sangat. Tidur dengan Kak Ain di atas dada. Apabila Kak Ain duduk bersila mahu lipat kain, dua-tiga ekor datang duduk sama berhimpit-himpit. Malah setiap kali Kak Ain pergi dan balik sekolah, kucing-kucing ini bagaikan menyambut dan menghantar! Memang kucing adalah seekor binatang peliharaan yang sangat setia!

Itu kisah waktu kecil dan duduk dengan keluarga. Sekarang ini apabila sudah dewasa dan duduk di rumah sendiri pula, Kak Ain tidak boleh membela kucing. Kak Ain duduk di rumah kondo yang luas per seginya sangat terhad. Jadi sekarang Kak Ain membela hamster! Sekejap sahaja sudah 14 ekor kesemuanya dan gebu-gebu belaka kerana Kak Ain selalu beri makan keju dan beri minum air susu.

Oleh sebab Kak Ain suka haiwan, Kak Ain sengaja wujudkan watak Amanda Krishna yang menjadi usahawan remaja berkaitan bakat mengendalikan haiwan.

Kak Ain harap melalui penceritaan Kak Ain, ia dapat menimbulkan rasa kasih sayang kepada haiwan dalam hati pembaca-pembaca. Jangan sesekali mendera, memijak, menendang dan membuli haiwan ya!

Semoga kita jumpa lagi minggu hadapan.

Salam Sayang,
AinMaisarah


Old things | New things