Ira Sahira Official blog
Bonjour !

Ira Sahira.Subang Jaya,Selangor.Lahir pada 10 nov 1999.Sekarang bersekolah di smk usj 13. ;)
Usaha tidak datang dengan begitu sahaja
Navigations

Follow me? Stories The Owner Cerita saya


Story morry


Credits

PLEASE DO NOT REMOVE THE CREDITS
Skin by Cikin
Cute header by Ira Sahira
Blog owner: IraSahira
Jutawan Gedik siri 25:Mengadu Domba
Friday, March 23, 2012 | 9:50 PM | 0 comments
WAH! Memang hebat! Memang terbaik! Itulah reputasi kumpulan The Wannababes!”

“Ya! Tiada siapa boleh sangkal, mereka paling popular. Mereka paling diminati semua!”
“Hish! Tentu seronok sekiranya dapat kehidupan seperti The Wannababes. Cantik, popular, sempurna dan diminati pula. Tengoklah! Penuh meja mereka dengan cupcake dedikasi yang dihadiahkan peminat-peminat rahsia!”
“Memanglah! Pelajar lelaki beri cupcake kerana mahu jadi teman tapi mesra. Pelajar perempuan hadiah cupcake atas tujuan mahu melobi jadi ahli The Wannababes juga. Itu sebabnya mereka dapat begitu banyak hadiah, walaupun baru hari pertama!” Itulah desas-desus perbualan pelajar-pelajar Sekolah Sri Bangsar sebaik melintasi meja kumpulan The Wannababes di kantin.

Waktu itu loceng sudah menjerit lantang, menandakan semua pelajar mesti bergerak pulang. Kembali ke kelas masing-masing dan memulakan pelajaran supaya melengkapkan diri menjadi insan terbilang. Hanya The Wannababes masih terkebil-kebil tidak senang.

Mereka memandang puluhan cupcake dedikasi yang diterima dan disusun sebaris-sebaris. Semuanya dihiasi berbagai warna dan corak krim yang kreatif! Sekali lihat, bagaikan lautan bantal-bantal gebu dan comel!

“Semua sekali ada 49 biji. Setiap seorang daripada kita terima purata 6 biji cupcake. Fasha yang paling banyak terima dedikasi iaitu melalui 9 orang pengirim.” Memberi laporan rumusan, wajah Shasha serius dan tegang.
Mendengar statistik yang dikeluarkan secara rasmi itu, Linda terkocoh-kocoh mencapai bekas pensil. Dikeluarkan kalkulator berwarna merah jambu kepunyaannya. Dipicit penuh semangat waja sebelum dengan keruh memandang semua. “Kumpulan Yummylicious sudah buat RM245. Hanya dengan menjual cupcake secara tidak langsung pada kumpulan The Wannababes!”

Mendengar jumlah besar yang dapat dijana oleh kumpulan lawan dalam masa sesingkat dua puluh minit waktu rehat, The Wannababes semua mengeluh serentak.

“Huh! Memang kencang bisnes mereka! Itu belum lagi dikira cupcake yang diterima oleh Fahrin dan Tengku Affin! Dua jejaka paling diminati itu dapat dedikasi yang banyak juga!” Diana menggeleng-geleng kepala melihat perkembangan perniagaan di bawah ketua Maznah Hamidi yang menjadi dan terlihat begitu mudah sekali. Pasaran yang diterokai sungguh luar biasa. Kuasa pembelian disokong oleh semua pelajar Sekolah Sri Bangsar yang berjumlah 800 orang pelajar!

“Tengku Affin dapat 13 dedikasi cupcake.” Fazura mencelah laju memberitahu pemerhatiannya. Memang Fazura sejak azali punya hati pada Tengku Affin, si putera raja Sri Bangsar. Memang dia memantau perkembangan lawan-lawan sejenis yang meminati pelajar lelaki itu. Setakat ini Fazura tidak langsung risau kerana dia merasakan tiada pelajar perempuan boleh mencabar kedudukannya. Dia paling sesuai jadi teman tapi mesra dengan Tengku Affin. Cuma… dia tidak pernah meluahkan perasaan apatah lagi mahu berterus-terang. Mengapa? Entahlah, mungkin Fazura tidak punya keyakinan. Itu membuatkan dia jadi peminat yang memandang dari jauh dan memantau setiap pergerakan jejaka idaman.

“Banyaknya jualan mereka dalam masa sehari! Lelaki dan perempuan, semua membeli. Berbeza dengan kita, bisnes salun yang dibuat dahulu sudah terkekang dek pelanggan perempuan sahaja. Memang kumpulan Yummylicious boleh menang besar sekiranya kita tidak lakukan sesuatu menghalang kemaraan mereka!” Sazzy sudah terangkat-angkat kening. Tentunya mencadangkan rancangan sabotaj. Itulah kelebihan The Wannababes yang fungsi otak mereka selalu disalahgunakan! Asyik berniat jahat!

“Sudahlah! Kita masuk kelas dahulu. Habis sekolah kita berkumpul lagi. Fikirkan cara terbaik memastikan kita tidak akan tewas dengan sebiji cupcake!” Lama berdiam, Fasha memberitahu keputusan. Dia bangun dan mula bergerak ke kelas.

“Errr… macam mana dengan semua cupcake ini? Tinggalkan sahaja?” Linda memandang sayu deretan cupcake yang diterima.

“Tinggalkan sahaja! Saya tidak mahu makan produk kumpulan lawan!” Diana menjawab tegas. Langsung dia tidak rasa bersalah kerana hadiah-hadiah yang diterima itu tidak dihargainya.

“Eh! Mana boleh tinggalkan, walaupun kita tidak mahu makan! Nanti kumpulan Yummylicious kutip balik. Mereka boleh jual kembali dan dapat lagi RM245. Mereka untung besar dan kita pula makin ketinggalan!” Shasha lebih berfikiran bijak dan logik. Dia pantas mengarahkan Nana dan Diana ke kaunter kantin. Mengambil plastik dan memasukkan elok-elok semua cupcake.

“Tidak mahu makan pun, kita boleh beri orang. Boleh beri pengawal, tukang kebun atau makcik-makcik kantin.” Kini semua 49 cupcake sudah diletak dalam beg plastik. Dibawa oleh The Wannababes dengan dijinjit penuh wajah tidak puas hati. Memang ironi sekali! Dapat hadiah banyak-banyak, namun rasa sakit hati begitu mendominasi!

“Habis sekolah pukul 1.10 tengah hari, kita terus ke bilik guru. Kita jumpa Cikgu Putra dan mengadu! Itu langkah pertama kita bagi menghalang kemaraan Yummylicious yang sungguh laju!” Arahan Fasha menerima anggukan bertalu-talu. Semua The Wannababes teruja setuju!
1.10 tengah hari.

Seperti dijanjikan, semua The Wannababes sudah tegak berdiri. Menjadi tugu di bilik guru, menunggu kelibat kehadiran Cikgu Putra yang amat dinanti. Ia satu pandangan yang pelik sekali! The Wannababes pergi bilik guru dengan rela hati? Ia bagaikan tidak pernah terjadi!

“Itu… itu… itu! Cikgu Putra dan Cikgu Fauzi sudah datang ke sini!” Diana tertunjuk-tunjuk ke kiri. Benarlah, dua guru itu sedang berjalan melalui koridor kayu dan diselangi ketawa yang riang sekali.

“Okey! Mari serbu! Mari mengadu!” Fasha sudah bergerak mendahului. Langkahnya yang selalu dikawal ala model tersohor, kini kelihatan begitu tegas bagaikan askar yang berjuang untuk ibu pertiwi. Wajahnya tiada secalit senyuman. Matanya terserlah cahaya kesungguhan seorang pelapor yang mahu pihak lawannya dihancurkan!

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk cerita lanjut




AinMaisarah Berkongsi Cerita

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita dalam novel bersiri Jutawan Gedik, siri yang ke-25!
Bagi penceritaan kali ini, Kak Ain masukkan sedikit informasi asas-asas perniagaan. Sebenarnya itulah yang Kak Ain cuba lakukan setiap kali menulis novel. Kak Ain mahu ada maklumat dan ilmu tambahan yang dapat dikongsikan dengan pembaca semua. Kali ini kita berbicara cara jualan ‘consignment’.
Dalam siri-siri seterusnya… Kak Ain akan masukkan secara santai, tip-tip perniagaan yang Kak Ain belajar melalui buku dan kursus-kursus. Mengapa Kak Ain suka perniagaan? Ini kerana 9/10 sumber rezeki di muka bumi ini memang berasaskan perniagaan. Kak Ain bercita-cita jadi usahawan berjaya seperti Donald Trumph, Azizi Ali, Irfan Khairi dan Robert Kiyosaki!
Wah! Panjang lebar cerita tentang perniagaan, Kak Ain tetap tidak lupa mengingatkan semua pembaca tentang perjumpaan dan sesi sarapan bersama Berita Harian. Ini informasinya ya!

Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu iaitu hari ini!)
Masa : 7.30 pagi hingga 11.00 pagi
Lokasi : Padang Pusat Komuniti, Perbadanan Putrajaya, Presint 9
Carilah Kak Ain di gerai Berita Harian dan boleh makan sarapan percuma bersama-sama. Kita berbual mesra dan berkenalan lebih rapat lagi ya! Jumpa di sana!

Salam Sayang,
AinMaisarah
www.ainmaisarah.com
www.facebook.com/ainmaisarah.novelis


Old things | New things