Ira Sahira Official blog
Bonjour !

Ira Sahira.Subang Jaya,Selangor.Lahir pada 10 nov 1999.Sekarang bersekolah di smk usj 13. ;)
Usaha tidak datang dengan begitu sahaja
Navigations

Follow me? Stories The Owner Cerita saya


Story morry


Credits

PLEASE DO NOT REMOVE THE CREDITS
Skin by Cikin
Cute header by Ira Sahira
Blog owner: IraSahira
Jutawan Gedik siri 34:Gelombang ganas e-book
Friday, March 23, 2012 | 9:52 PM | 0 comments
HARI Isnin menjelma. Hari persekolahan biasa diisi perbualan berkisar akademik, perhimpunan mingguan yang rutin dan topik hangat sekali iaitu…. UJIAN BULANAN!

Ironi sekali, kali ini The Wannababes datang dengan muka ceria. Ia sesuatu yang unik kerana selalunya apabila ujian datang melanda, The Wannababes yang paling susah hatinya. Ini kerana mereka hanya tampak glamor dan sempurna daripada segi luaran sahaja. Tetapi isi otak memang kosong kerana kurang mengulangkaji dan membaca!
Sewaktu pelajar-pelajar sibuk membincangkan tentang kertas kuiz subjek sejarah yang akan berlangsung pada masa ketiga, The Wannababes tercuit-cuit dan berbisik-bisik sesama mereka.
“Psst… psst! Berita hangat oleh bendahari Shasha! Dana terkumpul kita sudah mencecah RM8000!”

“Wah! Banyaknya!”

“Memang hebat! Mana ada kumpulan lain dapat jana pendapatan sebanyak itu! Tidak syak dan tidak boleh disangkal lagi, kita memang boleh menang besar!”

“Ish! Tidak sabarnya! Saya mahu minggu hadapan kita bawa lebih ramai anak yatim. Kita bawa tujuh orang sekaligus! Apabila tangan yang meminta itu lebih ramai dan bercabang-cabang cawangan, pasti kutipan dermanya lebih banyak berganda-ganda. Entah-entah boleh cecah RM20,000 pada satu hari sahaja!”
“Ya! Ya! Ya! Memang perancangan yang bagus! Selain itu, kita akan cuba lubuk lain. Kali ini lokasi berubah ke Bangsar Village I dan Bangsar Village II.
Tumpuan masih lagi kepada kawasan orang kaya-kaya! Orang-orang berharta yang tidak mungkin menolak permintaan membeli sehelai baju raya untuk anak yatim!”

“Oh! Kali ini saya cadangkan kita naikkan kadar minima derma. Sekiranya tempoh hari ditetapkan pada RM30, kali ini letakkan terus RM50. Tetapi beritahulah bahawa derma ini dalam bentuk pakej. Ada pembelian baju raya, kasut raya dan beg raya. Pasti lebih ramai yang senang menghulur dan kita pula mudah mengutip tanpa perlu sediakan wang bakinya!”

“Bravo! Bravo! Saya suka!”

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut


Old things | New things