Ira Sahira Official blog
Bonjour !

Ira Sahira.Subang Jaya,Selangor.Lahir pada 10 nov 1999.Sekarang bersekolah di smk usj 13. ;)
Usaha tidak datang dengan begitu sahaja
Navigations

Follow me? Stories The Owner Cerita saya


Story morry


Credits

PLEASE DO NOT REMOVE THE CREDITS
Skin by Cikin
Cute header by Ira Sahira
Blog owner: IraSahira
Jutawan Gedik siri 28:Operasi sulit di rumah amanda
Friday, March 23, 2012 | 9:51 PM | 0 comments
JAM 9 pagi, pintu pagar rumah banglo Amanda Krishna sudah terbuka luas, tanpa had sempadan lagi. Antara yang paling awal menunjukkan muka dan tersenyum hingga nampak gigi adalah kumpulan The Wannababes yang berniat jahat sekali. Mereka paling bersemangat datang awal pagi. Membawa bersama beg-beg galas berisi item-item sabotaj berdos tinggi.

Amanda sendiri berkerut muka. Namun selaku tuan rumah yang berhemah dan menjaga adabnya, dia segera mengajak The Wannababes ke ruang tamu sementara menunggu rakan-rakan lain menunjukkan muka. “Duduk dahulu ya! Cikgu Putra belum datang lagi.” Amanda dalam takut-takut mempersilakan tujuh gadis paling berkuasa di Sekolah Sri Bangsar bagi mendominasi ruang tamunya yang bersofa kulit dan bertatarias kayu di sana-sini. Nampak selesa tetapi menerima cebikan rahsia daripada ketua The Wannababes iaitu Fasharina binti Tan Sri Hisham.
Gadis itu sememangnya suka kepada tatarias moden semata-mata. Pilihan hatinya pula hanya warna merah jambu dan ungu yang nampak cantik di mata. Malah dia sering mengkategorikan warna coklat sebagai warna orang tua-tua yang tidak sesuai langsung buat remaja.
“Rumah besar tetapi tiada citarasa… tidak guna juga!” Laju Fasha membisikkan kata-kata kritikan kepada Sazzy yang duduk di sebelahnya.

“Betul! Rumah awak jauh lebih cantik, Fasha. Jangan risau.” Seperti biasa Sazzy bertindak jadi pengampu terhebat. Segalanya tentang ketuanya Fasha itu adalah yang terbaik dan tercantik dari ladang. Tiada siapa yang boleh mengalahkan! Membuatkan Fasha yang mendengar sudah tersenyum senang dan hati terkembang-kembang.

Ahli The Wannababes lain turut duduk di sofa sambil memerhati kawasan sekeliling. Fazura bijak memainkan peranan supaya kedatangan awal mereka tidak menimbulkan kecurigaan. “Hmm… pukul berapa perniagaan Wonderpet bermula? Saya ingatkan pukul 9.00!” Fazura bertanya dengan nada serius.

“Yalah! Seingat saya… minggu lepas Cikgu Putra beritahu supaya datang awal. Pukul 9.00 pagi mesti ada di sini bagi melihat cara-cara kucing dilatih menggunakan tandas.” Shasha turut menyampuk sambil mata mengerling jam tangan GUESS miliknya yang berukir ala-ala gelang. Sengaja mewujudkan situasi kononnya The Wannababes tersilap masa dan tersalah mendengar arahan. Tidak boleh menampakkan niat sebenar mereka yang datang awal kerana mahu mensabotaj kumpulan Amanda. Bahaya sekiranya jejak dikesan dan perancangan itu diketahui awal!
“Hmm… sepatutnya masa operasi perkhidmatan Wonderpet bermula pukul 10.00 pagi. Tetapi datang awal pun tiada masalah kerana kami sedang bersiap-sedia dan rumah pun sudah dibuka. Nanti saya minta pembantu rumah sediakan minuman pagi dan sedikit sarapan alas perut ya!” Amanda menjawab dengan sesopan dan selembut mungkin bagi memastikan emosi The Wannababes tidak terusik. Memang diketahui umum, sekali membuat masalah dengan kumpulan itu bagaikan menempah maut yang paling ngeri. Seperti sengaja mahu masuk dalam senarai individu paling malang yang akan dibuli!

“Sebaik sahaja Cikgu Putra datang, beritahu kami. Kami tidak suka buang masa lama-lama di sini!” Fazura begitu tegas mengarah. Bagaikan Amanda itu pembantu rumah, disuruh itu dan ini… tanpa rasa salah.

“Baiklah… saya akan maklumkan.” Dengan senyum plastik, Amanda yang menjeruk rasa segera berlalu pergi. Di rumah sendiri dia dianggap seperti hamba abdi, siapa tidak sakit hati!

Sebaik Amanda menghilang, The Wannababes sudah mendekatkan tujuh kepala bersama. Berbisik perancangan yang sudah direncana. Nana sesekali mengerling kawasan, memastikan tiada kamera CCTV yang boleh jadi saksi kepada rancangan jahat dirinya dan rakan-rakan. Fasha dan Shasha seperti biasa menjadi tunggak utama perbincangan. Mereka berbisik memberitahu hala tujuan kumpulan.

“Linda… awak cari alasan mahu ke bilik air, kononnya mahu betulkan rambut dan solekan. Waktu itu awak mesti pandang kiri dan kanan. Lihat dan kenalpasti segala kawasan. Paling penting, mesti tahu secara spesifik tempat kucing-kucingnya diberi makanan.” Shasha memandang tepat ke arah Linda dan memberitahu tugasan yang perlu digalasnya.

Linda mengangkat ibu jari dan memberi maklumbalas, “Boleh! Itu kerja senang!”

Kini Shasha merenung Diana dan Nana pula, “Awak berdua mesti cari dapur. Buat alasan mahu minum air kosong kerana tekak tercekik, terbatuk dan tersedak. Pada waktu itu… letakkan bahan bukti sabotaj di dalam kabinet dapur rumah Amanda. Jadi sekiranya dibuat siasatan pun, segala bukti akan mengarah kepada Amanda sendiri. Bukan diri kita.” Begitu licik Shasha mengarah Diana dan Nana dengan keningnya yang terjongket-jongket bagaikan perempuan paling jahat di alam maya.

Nana dan Diana akur mengangguk kepala dengan ligat. “Serahkan kepada kami. Akan kami letakkan julap itu di kawasan paling strategik dan paling sesuai!”

“Bagus! Bagus! Sekarang bagi pembahagian tugas Sazzy dan Fazura… mesti buka mata besar-besar dan lihat pelanggan yang keluar masuk rumah ini ya! Kenalpasti juga kucing yang dibawa dan tandakan dengan pen marker. Ini bagi membantu mengenalpasti, kucing mana yang mahu diracun dan disabotaj.” Fasha bersuara dengan berbisik tetapi aura jahatnya tidak langsung berkurangan.

“Okey, bos!” Hampir sentak Fazura dan Sazzy mengangkat tabik tanda memahami arahan.

“Baiklah! Bergerak sekarang! Jangan berlengah lagi dan pastikan perancangan kita berjaya dalam memastikan semua kucing yang datang mengalami cirit-birit bukan kepalang!” Dengan kata-kata itu, semua The Wannababes menggenggam tangan ala-ala bersatu kuasa dan berbalas pandangan penuh keazaman!

Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut

AinMaisarah Berkongsi Cerita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hai… hai… hai buat semua pembaca! Semoga berada dalam keadaan sihat dan ceria ya! Kak Ain sendiri sangat gembira kerana sekarang sedang berkampung di Jaya Jusco, Seremban 2 bagi menjayakan Pesta Buku Negeri Sembilan. Kak Ain berkampung selama 8 hari di sini dan menjadi orang Noghori. Sejak dari 19 Julai 2011 hingga 24 Julai… setiap hari Kak Ain bertemu pembaca.

Paling Kak Ain seronok apabila dapat bertemu pembaca Jutawan Gedik yang mengumpul setiap keratan akhbar. Aduhai! Terharunya! Inilah gambar adik Adriana dari Negeri Sembilan yang datang bertemu Kak Ain dan membawa bersama 27 keratan akhbar Jutawan Gedik pada minggu-minggu terdahulu:

Bagi yang mahu bertemu Kak Ain di Negeri Sembilan, Pesta Buku berbaki dua hari sahaja lagi iaitu hari Sabtu dan Ahad ini. Mari… mari… mari! Kita bersua muka dan beramah mesra ya!

Selain berada di Pesta Buku Negeri Sembilan, Kak Ain juga akan menyertai acara ‘10,000 Langkah Sehari’ anjuran Berita Harian. Kak Ain akan turun padang dan sama-sama berlari di Dataran Putrajaya, Presint 2 pada hari ini. Jadi sama-sama kita meriahkan aktiviti sihat yang sangat bermanfaat ya!

Semoga kita berjumpa lagi minggu hadapan! Jaga diri!

Salam Sayang,
AinMaisarah
www.ainmaisarah.com
www.facebook.com/ainmaisarah.novelis


Old things | New things