Ira Sahira Official blog
Bonjour !

Ira Sahira.Subang Jaya,Selangor.Lahir pada 10 nov 1999.Sekarang bersekolah di smk usj 13. ;)
Usaha tidak datang dengan begitu sahaja
Navigations

Follow me? Stories The Owner Cerita saya


Story morry


Credits

PLEASE DO NOT REMOVE THE CREDITS
Skin by Cikin
Cute header by Ira Sahira
Blog owner: IraSahira
Marsya...oh...Marsya edisi kemas kini
Monday, April 16, 2012 | 7:45 PM | 0 comments

SINOPSIS
Marsya,seorang gadis ayu yang berasal dari keluarga jutawan.Dia seorang yang sedikit matang berbanding kawan-kawannya.Dia juga meminati bidang penulisan dan mangsa ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) pada tahun itu.Dia ingin mencapai impiannya yang cermelang.Semakin lama,semakin banyak perubahan yang berlaku  pada perubahan diri Marsya.Dia juga tidak seperti sediakala dan pentingkan pelajaran.Suatu hari,Marsya telah menyertai satu pertandingan menulis cerpen dan berusaha siang malam dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi juara.Dalam usahanya,dia juga perlu membahagikan masanya dengan belajar dan menulis cerpen serta menjaga adik barunya yang baru lahir.Pada peperiksaan UPSR,Marsya mengalami sakit perut sehingga dia memakan masa sebanyak 30 minit di tandas sehingga dia hampir-hampir tidak dapat menjawab beberapa soalan.Pada waktu menunggu keputusan,Marsya demam panas tetapi demi keputusan,dia tetap dating ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan.Adakah Marsya akan menjadi juara dalam pertandingan cerpen itu?Adakah Marsya akan mendapat keputsan cermelang?Semuanya terjawab di dalam buku “Marsya Oh! Marsya”.






BAB 1
Marsya leka membaca novel kegemarannya iaitu buku karya Ain Maisarah.Kerja sekolah belum siap.Baju sekolah masih belum digosok.Kasut sekolah belum dibasuh.Nasib baiklah ada 3 pasang.Maklumlah anak jutawan.Semuanya harapkan bibik.
“Aaah…Stressnya..”jerit Marsya kecil.Manalah tidak stress,kerja sekolah berlambak di atas meja.Esok cikgu minta,barulah terkial-kial nak buat.
Sejam kemudian…
Usai membaca buku,tanpa melengahkan masa,Marsya berniat dalam hati
“Aku ingin berubah!Aku ingin mencapai cita-cita!Aku ingin mendapat keputusan yang cermelang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)!Akulah calon UPSR yang terbaik.”laung Marsya sehingga kakak-kakaknya yang berada di bilik sebelah kedengaran juga.
“Ooii..Apa yang memekak ini.Hendak buat kerja sekolah pun tidak boleh.”Laung kakaknya yang akan mengambil PMR pada tahun ini juga,Marlis.
Marsya hanya mendiamkan diri sambil memikirkan apa jawapannya bagi soalan-soalan yang diberi.
“Ish kakak ini,tidak habis-habis dengki.”rungut Marsya.
“Apa kamu cakap?”Tanya Marlis yang tercegat di hadapan bilik Marsya.Marsya tidak perasan yang kakaknya sudah pun berada di hadapan biliknya.
“Ops..tidak ada apa-apa.”Marsya menutup mulut.
Kakaknya berlalu masuk kedalam biliknya.
Selepas menyiapkan kerja sekolahnya,Marsya mencapai beberapa keping kertas warna bersaiz A4 dan pen maker.
Di setiap helaian kertas itu,Marsya menulis moto hidupnya iaitu
“Setiap usaha pasti mempunyai kejayaan”
“Tawakal dan hidup sentiasa bersuci”
Marsya juga menulis tips-tips penting dan cara menangani masalah stress.
Selepas siap semuanya,Marsya menampal semua kata-katanya di almarinya,pintu bilik serta dinding dan juga meja belajar.
                                                *******************
“Marsya,Marlis,mari makan..bibik sudah masak apa yang kamu minta.”laung bibik Mona dari dapur.
Kebiasaanya,kedua beradik itu jarang makan.Hampir dipaksa sehingga lapar sangat baru mereka hendak masak.Kasihan bibiknya,setelah dipaksa,haruslah panaskan makanan itu kerana sudah sejuk.
Marsya menyambung hobinya di atas katil empuk miliknya iaitu membaca novel.Itulah tabiatnya  setiap hari sehingga tidur.
“Aduh..laparlah pula..Mama dengan papa selalu pesan suruh makan apabila bibik panggil.Tapi aku yang tidak mahu.Tidak sedaplah masakan bibik itu.Semuanya terlebih gula dan garam.Huh!”rungut Marsya sambil memegang perutnya yang berbunyi lagu Mizz Nina yang meminta diisi.
                                                **********************
Di bilik kakaknya……
Marlis sedang tekun menaip status di laman web kegemarannya iaitu laman muka buku.
Tiba-tiba perutnya juga berbunyi.Sejak dari dahulu lagi Marlis mempunyai  tabiat yang pelik iaitu apabila perutnya lapar,dia akan menghubungi pihak restoran untuk menghantar pesanan makanan yang dipesannya ke rumahnya.
Bibik juga selalu berleter dengan tingkah lakunya.Namun,dia tetap melakukan perbuatan peliknya.
20 minit kemudian…
“Ting..Tong…Ting…Tong..”bunyi loceng rumahnya.Marlis sudah mengagak yang makanannya sudah sampai.Walaupun selalunya adiknya,Marsya meminta makanannya,namun Marlis tidak akan memberi.Marlis berkata pada adiknya yang
“Papa sudah beri duit RM1000 sebulan,gunalah.”
Marsya tidak akan menggunakan selalu duitnya.Dia hanya menggunakan apabila kecemasan sahaja.
“Malaslah.Membazir duit sahaja.Baik beli novel lagi bagus.”Sambung Marsya.
“Ish..sikit-sikit novel.Ulat buku katakan.Oh!Yang kamu minta daripada kakak tidak pula membazir.Pandai pula buat lawak”.rengek kakak Marsya.
“Buat lawak?Tidak ada masa hendak buat lawak yang tidak elok dekat kakak. I’m seriously okey.”
Marlis tiada kata-kata lalu mengambil makanannya masuk kedapur tanpa mempedulikan adiknya yang masih belum memasuki ke sekolah menengah lagi dan lapar.
“Orang senag sikit tidak boleh.”Marlis merungut dalam hati.
“Memang tidak boleh.”laung Marsya dari ruang tamu.
Dia hanya melihat kakaknya yang kedekut itu makan tanpa mempelawanya.
                                                            *******************

BAB 2
“Eh!Marsya,sejak bila awak bertudung.Awak ini  hendak  jadi ustazah ya?”Tanya Damia pelik apabila melihat keadaan kawan baiknya yang mula bertudung.
“Sejak hari ini.Kenapa?Awak ingat orang bertudung boleh menjadi ustazah sahajakah.”Balas Marsya sambil mengeluarkan buku matapelajaran sebentar lagi.
Damia hanya mengangguk sahaja.
Setelah semua kawan baiknya masuk ke dalam kelas,Marsya memanggil semua kawan-kawanya.
“Baiklah,saya ada sesuatu perkara yang penting nak bagi tahu kalian.”Berdiri Marsya di atas peti.
“Cakaplah cepat!!”
“Cakaplah cepat!!”
“Sebenarnya saya sudah pun insaf dan ingin berubah menjadi Marsya betul.Bukan palsu.”Kata-kata Marsya mengeluarkan tanda  Tanya kawan-kawannya.Namun dia tidak mempedulikan.
Marsya  turun dari kerusinya lalu mengambil buku rujukannya di dalam beg sekolahnya yang paling termahal sekali.
“Wah!Marsya sudah rajin.”kata cikgu Anita sebaik sahaja masuk ke dalam kelas 6 Nekad.
“Aaa..cikgu.Hari ini penampilanya juga berubah.”Sampuk Damia dari belakang Marsya.
Marsya hanya senyum sahaja.
“Baik,Marsya,nanti selepas rehat jumpa saya di dalam bilik guru.Pastikan kamu meminta izin dahulu daripada cikgu yang mengajar nanti.”sambung Cikgu Anita.
“Baik cikgu.”kata Marsya dengan penuh sopan santun.
Nampaknya Marsya betul-betul berubah.Itulah perkataan yang selalu didengarnya dimana sahaja dia berada.
“Baik semua,sila hantar kerja sekolah yang cikgu beri minggu lepas.”jerit cikgu Anita.
Didalam kelas,pelajar yang sering tidak menghantar kerja sekolah adalah Marsya,Damia,Nani dan Syura.Tetapi lain hari ini.Marsya juga telah menyiapkan kerja sekolahnya.Kawan-kawannya hanya ternganga.
“Sejak bila awak mula rajin?Setahu saya buku awak selalu kosong.”ujar Nani dan Syura.
“Hai kawan,Marsyakan dah berubah.Entah dia pakai bomoh apalah sehingga buat dia berubah.Diakan anak jutawan.”Balas Damia.
Marsya tahu dia tidak akan pernah sesekali menggunakan taktik bomoh.Dia tahu bomoh itu dosa apabila dipercayai bulat-bulat.
“Saya tidak pernah sesekali menggunakan bomoh.Saya ingin berubah dan berazam untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan nanti.Lagipun,saya bukannya anak jutawan.”ujar Marsya dengan penuh bergaya.
Kawan-kawan Marsya melopong sebaik sahaja mendengar ayat Marsya itu.
                                                *********************
Di bilik guru…
“Assalamualaikum cikgu Anita.”kata Marsya sebaik sahaja menghampiri meja cikgu Anita.
“Waalaikummussalam”balas Cikgu Anita.
“Baiklah Marsya.Awak tiba tepat masanya.Sebenarnya saya ingin beritahu sesuatu pada kamu.Pihak sekolah akan menganjurkan pertandingan menulis cerpen kanak-kanak.Panjangnya adalah sebanyak  5 A4 paper dengan tulisan Times New Roman saiz 12 double spacing.Adakah awak bersetuju?”kata Cikgu Anita sambil menunggu jawapan daripada anak muridnya.
“Baik.Saya setuju tetapi bila tarikh tutupnya dan tajuknya.”itulah jawapan yang keluar dari mulut Marsya.
“Tarikh tutupnya pada bulan hadapan dan tajuknya sama ada berkaitan keluarga,pengembaraan,kawan,pengalaman.”balas cikgu Anita lemah lembut.
Marsya tersenyum.Dia tahu yang dia mempunyai bakat dalam penulisan.
“Baiklah,saya akan cuba dengan sedaya upaya.”sambung Marsya.
“Baiklah.Saya akan menunggu keputusan kamu.Semoga Berjaya.”itulah kata-kata yang dikeluarkan dari mulut cikgu Anita.
Marsya sungguh gembira dengan keputusan cikgu Anita.Dia tidak sabar untuk memberitahu
Kawan-kawannya.
                                                ************************
Di dalam kelas…..
“Eh Marsya.Apa yang cikgu bualkan tadi.”Tanya Nani sebaik sahaja Marsya masuk ke dalam kelas.
“Oh,lupa pula hendak beritahu awak.Saya diminta untuk menyertai pertandingan menulis cerpen kanak-kanak.”Marsya memberitahu kawannya.
“Oooo..Tidak ajak.”kata Nani mengenakan kawannya.
“Eh,sejak bila pula saya tidak ajak kamu.Saya baru sahaja tiba di kelas dan baru ingin beritahu kalian.”sambung Marsya.
Nani dan Damia mengagguk sahaja.
“Oh!Baiklah.Terlupa pula saya.Maafkan ya..”jawab Nani.
“Hrmm..entah..hahaha”jawab Marsya diiringi denga gelak ketawa.
Marsya meminta sehelai kertas daripada cikgu Matematiknya iaitu cikgu Hani.Selepas mendapat kertas itu,Marsya menulis isi-isi kandungan dan rangka cerpen.
“Saya akan menulis cerpen berdasarkan keluarga.”fikir Marsya dalam hati.
Sedang dia memikir..
“Haa..Marsya,buat apa itu?Nak join juga.”kata Syura sambil menerjah Marsya.
Marsya tersenyum.
“Nak join apa Syura.Awak ingat saya ini tengah berlakonkah.Nasib baik saya tidak ada sakit jantung.Kalau tidak,nahaslah awak.”Kata Marsya pura-pura merajuk.
Syura malu.Dia berkata “Maaf ya.Saya tidak tahu pula.Tetapi apa yang sedang awak lakukan sekarang.”
“Eh,tidaklah.Saya sedang memikirkan rangka-rangka yang harus saya buat nanti.Saya ingin juara pertandingan itu.”ujar Marsya dengan penuh yakin.
Syura terus kembali ke tempat duduknya.Kawan baiknya sekarang sedang berusaha untuk mencapai impianya.
                                                ************************
Tan Sri Othman dan Datin Sri Aini pulang kerumahnya.Sudah lama tidak pulang kerumah apabila sibuk berniaga di luar Negara.
“Marsya,Marlis,mari sini.Mama dan papa hendak berbual dengan kamu bedua.”panggil emak merekan.
Inilah peluang terbaik bagi mereka setelah sudah lama tidak dapat berbual dengan kedua-dua orang tuanya.
Usai mereka duduk,emak mereka berkata “Papa sebenarnya ingin menyumbang sedikit wang untuk sekolah kamu berdua.Minggu depan papa dan mama cuti jadi kami ingin pergi ke sekolah kamu berdua.Cuba Tanya cikgu kamu Marlis,bolehkah?”Datin Sri Aini bersuara sambil mengusap perut boyotnya.
Mereka mengangguk namun tiada balasan.
Selepas mereka sekeluarga berbual,jam menunjukkan tepat 11 malam.
“Mari tidur,esok hendak bangun pagi bukan.”ajak emak.
“Baiklah.Selamat malam semua.”Marsya dan kakaknya berkata serentak lalu masuk kedalam bilik.
                                                *******************
­Tinggal seminggu lagi sebelum pertandingan itu tamat.Marsya berusaha keras untuk menjadi juara.Dia tidak mahu dijadikan bahan ketawa kawan-kawannya.
“Alhamdulillah,sudah hampir selesai.Saya akan membuat proposal saya sebanyak 13 muka surat.Barulah saya akan menang.”kata Marsya dengan yakin.Dia melihat skrin pada komputer ribanya lalu enekan butang save.Dia segera menutup komputer ribanya.
Tiba tiba,telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk.Lagu Justin Bieber kedengaran lalu Marsya menekan punat hijau pada telefon bimbitnya jenama “BlackBerry”.
“Hello,who’s that.”kata si panggilan itu.
Marsya berkata dalam hati, “Dia yang telefon aku kenapa pula dia mahu tanya siapa aku?”
“Ops sorry.Who’s that.I’m haunted”jawab Marsya ringkas lalu menekan punat merah menandakan batal panggilan.
Ada perasaan geram pada hatinya tetapi dia sabar sahaja.Tidak sampai seminit,ada mesej masuk.Marsya melihat mesej itu.
“Salam,terkejutkah,ini akulah Nani.Hendak tanya sudah siapkah proposal awak.Maklumlah tarikh tutupnyakan sudah hampir.
Marsya yang melihat mesej itu terkejut tetapi Marsya malas ingin membalas mesej sahabat karibnya.
                                                            ************************

P/S:Jangan berani ambil karya saya.Kalau nak baca lagi sambungannya,insyaallah saya akan terbitkan jikalau menjadi.Penat buat tau..huhuhu... kalau saya dapat tangkap!!!!!saya akan saman atau report polis kalau berani curi.


Old things