Ira Sahira Official blog
Bonjour !

Ira Sahira.Subang Jaya,Selangor.Lahir pada 10 nov 1999.Sekarang bersekolah di smk usj 13. ;)
Usaha tidak datang dengan begitu sahaja
Navigations

Follow me? Stories The Owner Cerita saya


Story morry


Credits

PLEASE DO NOT REMOVE THE CREDITS
Skin by Cikin
Cute header by Ira Sahira
Blog owner: IraSahira
Marsya...oh...Marsya
Sunday, April 1, 2012 | 2:40 AM | 0 comments

SINOPSIS
Marsya,seorang gadis ayu yang berasal dari keluarga jutawan.Dia seorang yang pelik dan keadaannya dirahsiakan oleh keluarganya.Dia meminati bidang penulisan dan akan mengambil peperiksaan penting pada tahun ini iaitu UPSR.Dia ingin mencapai impiannya.Semakin lama,semakin banyak perubahan pada diri Marsya.Dia juga tidak seperti sediakala dan pentingkan pelajaran.Suatu hari,Marsya telah menyertai satu pertandingan iaitu pertandingan menulis cerpen.Dia berusaha dengan bersungguh-sungguh untum menjadi juara.Dalam usahanya,dia juga perlu membahagikan masanya dengan belajar dan juga menulis cerpen.Adakah Marsya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan penting nanti?Adakah Marsya akan menjadi juara dalam pertandingan nanti?Semuanya akan terjawab di dalam buku “MARSYA..OH..MARSYA!”
 BAB 1
Marsya leka membaca novel kegemarannya iaitu buku karya Ain Maisarah.Kerja sekolah belum siap.Baju sekolah masih belum digosok.Kasut sekolah belum dibasuh.Nasib baiklah ada 3 pasang.Maklumlah anak jutawan.Semuanya harapkan bibik.
“Aaah…Stressnya..”jerit Marsya kecil.Manalah tidak stress,kerja sekolah berlambak di atas meja.Esok cikgu minta,barulah terkial-kial nak buat.
Sejam kemudian…
Usai membaca buku,tanpa melengahkan masa,Marsya berniat dalam hati
“Aku ingin berubah!Aku ingin mencapai cita-cita!Aku ingin mendapat keputusan yang cermelang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)!Akulah calon UPSR yang terbaik.”laung Marsya sehingga kakak-kakaknya yang berada di bilik sebelah kedengaran juga.
“Ooii..Apa yang memekak ini.Hendak buat kerja sekolah pun tidak boleh.”Laung kakaknya yang akan mengambil PMR pada tahun ini juga,Marlis.
Marsya hanya mendiamkan diri sambil memikirkan apa jawapannya bagi soalan-soalan yang diberi.
“Semua orang tidak akan faham yang tahapku seperti umur 14 tahun kecuali keluargaku.”Rungut Marsya sambil menulis jawapan.
Selepas menyiapkan kerja sekolahnya,Marsya mencapai beberapa keeping kertas warna bersaiz A4 dan pen maker.
Di setiap helaian kertas itu,Marsya menulis moto hidupnya iaitu
“Setiap usaha pasti mempunyai kejayaan”
“Tawakal dan hidup sentiasa bersuci”
Marsya juga menulis tips-tips penting dan cara menangani masalah stress.
Selepas siap semuanya,Marsya menampal semua kata-katanya di almarinya,pintu bilik serta dinding dan juga meja belajar.

“Marsya,Marlis,mari makan..bibik sudah masak apa yang kamu minta.”laung bibik dari dapur.;
Kebiasaanya,kedua beradik itu jarang makan.Hampir dipaksa sehingga lapar sangat baru mereka hendak masak.Kasihan bibiknya,setelah dipaksa,haruslah panaskan makanan itu kerana sudah sejuk.
Marsya menyambung hobinya di atas katil empuk miliknya iaitu membaca novel.Itulah tabiatnya  setiap hari sehingga tidur.
“Aduh..laparlah pula..Mama dengan papa selalu pesan suruh makan apabila bibik panggil.Tapi aku taknak.Tidak sedaplah masakan bibik itu.Semuanya terlebih gula dan garam.Huh!”rungut Marsya sambil memegang perutnya yang berbunyi yang meminta diisi.

Di bilik kakaknya……

Marlis sedang tekun menaip status di laman web kegemarannya iaitu laman muka buku.
Tiba-tiba perutnya juga berbunyi.Sejak dari dahulu lagi Marlis mempunyai  tabiat yang pelik iaitu apabila perutnya lapar,dia akan menghubungi pihak restoran untuk menghantar makanan yang dipesannya ke rumahnya.
Bibik juga selalu berleter dengan tingkah lakunya.Namun,dia tetap melakukan perbuatannya.
20 minit kemudian…
“Ting..Tong…Ting…Tong..”bunyi loceng rumahnya.Marlis sudah mengagak yang makanannya sudah sampai.Walaupun selalunya adiknya,Marsya meminta makanannya,namun Marlis tidak akan memberi.Marlis berkata pada adiknya yang
“Papa sudah beri duit RM1000 sebulan,gunalah.”
Marsya tidak akan menggunakan selalu duitnya.Dia hanya menggunakan apabila kecemasan sahaja.
“Malaslah.Membazir duit sahaja.Baik beli novel lagi bagus.”Sambung Marsya.
“Ish..sikit-sikit novel.Ulat buku katakan.Oh!Yang kamu minta daripada kakak tidak pula membazir.Pandai pula buat lawak.
“Buat lawak?Takde masa nak buat lawak yang tak elok dekat kakak. I’m seriously okey.”
Marlis tiada kata-kata lalu mengambil makanannya masuk kedapur tanpa mempedulikan adiknya yang masih belum memasuki ke sekolah menengah lagi.
 BAB 2
“Eh!Marsya,sejak bila awak bertudung.Awak ini  nak jadi ustazah ya?”Tanya Damia pelik apabila melihat keadaan kawan baiknya yang mula bertudung.
“Sejak hari ini.Kenapa?Awak ingat orang bertudung boleh menjadi ustazah sahajakah.”Balas Marsya sambil mengeluarkan buku matapelajaran sebentar lagi.
Damia hanya mengangguk sahaja.
Setelah semua kawan baiknya masuk ke dalam kelas,Marsya memanggil semua kawan-kawanya.
“Baiklah,saya ada sesuatu perkara yang penting nak bagi tahu kalian.”Berdiri Marsya di atas peti.
“Cakaplah cepat!!”
“Cakaplah cepat!!”
“Sebenarnya saya sudah pun insaf dan ingin berubah menjadi Marsya betul.Bukan palsu.”Kata-kata Marsya mengeluarkan tanda  Tanya kawan-kawannya.Namun dia tidak mempedulikan.
Marsya  turun dari kerusinya lalu mengambil buku rujukannya di dalam beg sekolahnya yang paling termahal sekali.
“Wah!Marsya sudah rajin.”kata cikgu Anita sebaik sahaja masuk ke dalam kelas 1 Nekad.
“Aaa..cikgu.Hari ini penampilanya juga berubah.”Sampuk Damia dari belakang Marsya.
Marsya hanya senyum sahaja.
“Baik,Marsya,nanti selepas rehat jumpa saya di dalam bilik guru.Pastikan kamu meminta izin dahulu daripada cikgu yang mengajar nanti.”sambung Cikgu Anita.
“Baik cikgu.”kata Marsya dengan penuh sopan santun.
Nampaknya Marsya betul-betul berubah.Itulah perkataan yang selalu didengarnya dimana sahaja dia berada.
“Baik semua,sila hantar kerja sekolah yang cikgu beri minggu lepas.”jerit cikgu Anita.
Didalam kelas,pelajar yang sering tidak menghantar kerja sekolah adalah Marsya,Damia,Nani dan Syura.Tetapi lain hari ini.Marsya juga telah menyiapkan kerja sekolahnya.Kawan-kawannya hanya ternganga.
“Sejak bila awak mula rajin?Setahu saya buku awak selalu kosong.”ujar Nani dan Syura.
“Hai kawan,Marsyakan dah berubah.Entah dia pakai bomoh apalah sehingga buat dia berubah.”Balas Damia.
Marsya tahu dia tidak akan pernah sesekali menggunakan taktik bomoh.Dia tahu bomoh itu dosa apabila dipercayai bulat-bulat.
“Saya tidak pernah sesekali menggunakan bomoh.Saya ingin berubah dan berazam untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan nanti.”ujar Marsya dengan penuh bergaya.
Kawan-kawan Marsya melopong sebaik sahaja mendengar ayat Marsya itu.

Di bilik guru…
“Assalamualaikum cikgu Anita.”kata Marsya sebaik sahaja menghampiri meja cikgu Anita.
“Waalaikummussalam”balas Cikgu Anita.
“Baiklah Marsya.Awak tiba tepat masanya.Sebenarnya saya ingin beritahu sesuatu pada kamu.Pihak sekolah akan menganjurkan pertandingan menulis cerpen kanak-kanak.Panjangnya adalah sebanyak  5 A4 paper dengan tulisan Times New Roman saiz 12 double spacing.Adakah awak bersetuju?”kata Cikgu Anita sambil menunggu jawapan daripada anak muridnya.
“Baik.Saya setuju tetapi bila tarikh tutupnya dan tajuknya.”itulah jawapan yang keluar dari mulut Marsya.
“Tarikh tutupnya pada bulan hadapan dan tajuknya sama ada berkaitan keluarga,pengembaraan,kawan,pengalaman.”balas cikgu Anita lemah lembut.
Marsya tersenyum.Dia tahu yang dia mempunyai bakat dalam penulisan.
“Baiklah,saya akan cuba dengan sedaya upaya.”sambung Marsya.
“Baiklah.Saya akan menunggu keputusan kamu.Semoga Berjaya.”itulah kata-kata yang dikeluarkan dari mulut cikgu Anita.
Marsya sungguh gembira dengan keputusan cikgu Anita.Dia tidak sabar untuk memberitahu
Kawan-kawannya.
Di dalam kelas…..
“Eh Marsya.Apa yang cikgu bualkan tadi.”Tanya Nani sebaik sahaja Marsya masuk ke dalam kelas.
“Oh,lupa pula nak beritahu awak.Saya diminta untuk menyertai pertandingan menulis cerpen kanak-kanak.”kata Marsya.
“Oooo..Tak ajak.”kata Nani mengenakan kawannya.
“Eh,sejak bila pula saya tidak ajak kamu.Saya baru sahaja tiba di kelas dan baru ingin beritahu kalian.”sambung Marsya.
Nani dan Damia mengagguk sahaja.
“Oh!Baiklah.Terlupa pula saya.Maafkan ya..”jawab Nani.
“Hrmm..entah..hahaha”jawab Marsya diiringi denga gelak ketawa.
Marsya meminta sehelai kertas daripada cikgu Matematiknya iaitu cikgu Hani.Selepas mendapat kertas itu,Marsya menulis isi-isi kandungan dan rangka cerpen.
“Saya akan menulis cerpen berdasarkan keluarga.”fikir Marsya dalam hati.
Sedang dia memikir..
“Haa..Marsya,buat apa itu?Nak join juga.”kata Syura sambil menerjah Marsya.
Marsya tersenyum.
“Nak join apa Syura.Awak ingat saya ini tengah berlakonkah.Nasib baik saya tidak ada sakit jantung.Kalau tidak,nahaslah awak.”Kata Marsya pura-pura merajuk.
Syura malu.Dia berkata “Maaf ya.Saya tidak tahu pula.Tetapi apa yang sedang awak lakukan sekarang.”
“Eh,tidaklah.Saya sedang memikirkan rangka-rangka yang harus saya buat nanti.Saya ingin juara pertandingan itu.”ujar Marsya dengan penuh yakin.
Syura terus kembali ke tempat duduknya.Kawan baiknya sekarang sedang berusaha untuk mencapai impianya.
­Tinggal seminggu lagi sebelum pertandingan itu tamat.Marsya berusaha keras untuk menjadi juara.Dia tidak mahu dijadikan bahan ketawa kawan-kawannya.
“Alhamdulillah,sudah hampir selesai.Saya akan membuat proposal saya sebanyak 13 muka surat.Barulah saya akan menang.”kata Marsya dengan yakin.
Dia melihat skrin pada komputer ribanya lalu enekan butang save.Dia segera menutup computer ribanya.
Tiba tiba,telefon bimbitnya bordering menandakan ada panggilan masuk.Lagu Justin Bieber kedengaran lalu Marsya menekan punat hijau pada telefon bimbitnya jenama “BlackBerry”.
“Hello,who’s that.”kata si panggilan itu.
Marsya berkata dalam hati, “Dia yang telefon aku kenapa pula dia mahu tanya siapa aku?”
“Ops sorry.Who’s that.I’m haunted”jawab Marsya ringkas lalu menekan punat merah menandakan batal panggilan.
Ada perasaan geram pada hatinya tetapi dia sabar sahaja.Tidak sampai seminit,ada mesej masuk.Marsya melihat mesej itu.
“Salam,terkejutkah,ini akulah Nani.Nak Tanya sudah siapkah proposal awak.Maklumlah tarikh tutupnyakan sudah dekat.”
Marsya yang melihat mesej itu terkejut tetapi Marsya malas ingin membalas mesej sahabat karibnya.


PERHATIAN:Jangan mengada-ngada untuk mencuri karya saya.Ini karya asli dan saya sedang menunggu proposal saya.


Old things | New things